Monday, May 4, 2015

Soalan Peperiksaan Pendidikan Khas sekolah rendah

Salam..

Dalam masa terdekat saya akan upload semua kertas peperiksaan Pendidikan Khas yang telah saya buat untuk dikongsikan bersama.  Moga usaha ini dapat membantu rakan guru dan memberi manfaat kepada anak-anak khas. 

kertas soalan ini dihasilkan berdasarkan kepada tahap keupayaan dan kesesuaian anak murid saya sendiri.  

Sunday, March 31, 2013

pehhh...berabuk

koiii koiii khooohhhh khoooooooohhhhhhhhhhh

amende tu...tu tandanya aku batuk..banyak abokk....lama tak update..

pasai aku tak hapdet...sebab aku lupa password

tiba-tiba hari ni aku dapat ilham ingat balik pasword...ceh

nantilah hapdet..takde ilham lagi

aku post gambar selama aku tak dapat hapdet

semoga ambar dapat mencerita kan segalanya...
 Amirin....
 ewah...cakpong..cakpong

apala budak ni buat..

Monday, January 17, 2011

m.a.n.u.s.i.a....


Sebelum apa-apa..
ini just luahan dan kumbahan dari hati paling dalam...sesi motivasi diri sendiri..
sapa makan cili dia yang raso podehnyo...



Korang kata pada aku " eh! kau dengar la cite haku nih..aku sedih ni..serius ni aku sedih...masalah besar nih..bla..bla.."

aku dengar aje..

Korang kata pada aku " alah..alah zila oi...akak ni ada lagi masalah...tulun la taip keje nih haa..akak tak reti la nak tekan mouse ni banyak2...ko la sahabat akakkk"

ok aku buat aje....

korang kata pada aku " anak akak lah paling cun..paling pandai..paling cepat pick up..paling...paling....tapi nape anak ko ni takde respon pun..?? ke anak ko...."

ok aku ngaku aje...

korang kata pada aku " alah..alah zila..bukan aku tanak buat keje ni..aku perasan sibuk aje manjang..pls ko sambung wat keje ni ye..jabatan dah call nak segera..aku sibuk ni..nak makan nasik lemak telur dadar"

orait aku sambung aje...

korang kata pada aku " zila ko setel la kemas sume barang-barang ni..tadi aku dah guna tapi malas nak kemas..hmm barang sume aku campak aje atas katil nih..ko setel kan ek..thanks zila..nasib ko ada kalo tak aku kena marah ngan akak Ngeng"

yela yela aku kemas aje




bila aku kata pada korang " korang..korang tadi kan aku kena .." .....

" eh! kak Ngeng masa bila pakai tudung belit-belit ni? wah pakai eye liner lagi..."

Aku tengok aje......


-- sampai bila? ---



Friday, January 7, 2011

4 GOLONGAN LELAKI DI TARIK MASUK KE NERAKA

4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik keneraka oleh anaknya.


(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahanam.)

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia?Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)


3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas...kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)


4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu....nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu
juga insan biasa.... x lepas dr melakukan dosa...selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika
tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)


Sunday, December 12, 2010

Cameron here we comeee



Cuti sekolah bulan doblas..saya sekeluarga pegi Cameron Highland..syok..sejuk...
mendamaikan mereleasekan tension..hilang ingatan saya pada kerja..kerja...kerja...
huk huk en. Suami..saya nak pi lagi buleh..huhuhu


pemandangan yang sangat indah..
Subhanallah


Sunday, July 11, 2010

Tulah...tanak dengar cakap




Kan dah cakap..
tanak dengar kann
tulahh
eee geram laa ko ni

ko nihh
nak cubit
ehh tak boleh
nape??
jangan karang masuk court
takmo la aku
buat malu je
nanti kena tutup muka
dengan
sokaba..eee tanak aku ehh

aku denda la
haa padan muka
buat la lagii
apa
nak lagi
aku buat lagi best dari nihh

haa ko dok la situ sampai balik
haa jangan lupa senyum
aik tanak senyum
tambah lain karang

haa macam tu laa lawa
ok dok situ ye
byee
|
|
|
|
|
|

haa..tau takpa..tu baru sikit..

Sunday, April 4, 2010

lame gile tak hapdet...

bukan taknak hapdet..tapi saya lupa..serius lupa..sian amirin bila nak baca blog UBI dia..mcm terstop tengah jalan pastu tengok-tengok dah bulan berapa...hehe sori Amigin....ok ok esok-esok gigihkan hapdet kan ok...