Saturday, September 26, 2009

Miyin Net Not










" atih atih tihhh atihh atihhh tih tihh aaaaa tihh"

Transalation:

Ceyamat Hayi Yayeeeeee

Dayiii

Miyinnn Net Not.....






Friday, September 18, 2009

Kad Raya Istimewa




Saya dapat kad raya istimewa tahun ni..eheh sangat istimewa dari seseorang yang sangat istimewa..wahhh terharu i...

Okay sebenarnya murid saya yang beri kad raya ni..yang paling best kad raya tu hand-made..100% dibuat sendiri berhad, tapi yang syoknye kad raya nih kad raya kongsi..iaitu saya terpaksa berkongsi dengan seorang lagi cikgu kelas saya..ingat nak bawak balik..akhirnya kena lah gantung sahaja..part paling best murid saya ni mintak saya beri markah dan bintang untuk kad raya yang dia hasilkan..

cet! ada makna tersirat ye izz..ada hati nak tambah markah bintang ye! tau lah cikgu dah potong bintang sampai 3 kali sampai buat Izz tak ada harapan nak dapat hadiah transfomers dengan jam tangan ben 10..hahaha..

tu lah sapa suruh tipu cikgu kata nak pegi tandas.alih-alih cikgu ngintai awak..senyap-senyap pegi kedai buku bawah tangga beli pemadam BEN 10..awak tau kan dalam pensel box tu dah ada 7 pemadam..buat keje bukan guna pemadam sangat..nasib baik cikgu tak tambah denda buang sampah... aihhh dah ngarut bebel pulak..

Izz salah seorang anak murid khas kelas saya dia ada masalah Hyperactive, sawan dan lembam..hmm sangat aktiffff dan mempunyai ingatan seperti komputer..maksudnya apa yang dilihat oleh Izz akan tersimpan kemas dalam otaknya..tetapi masalahnya Izz tak dapat nak proses apa data yang di ingati kepada maklumat yang berguna..Izz tak dapat membeza kan makna yang diterima dan perlukan bimbingan khas..kuasa Allah..so janganlah nak tipu..Izz boleh ingat berat badan saya tiga tahun lepas tanpa salah pun.. dan boleh ingat segalanya..tapi kalau kerja sekolah sokmo lupa.....eee gerammm..huuuuu

ok ni kad raya yang Izz buat..hehe lawa tak?

ini muka depan kad
tengok perkataan "kongsi"
maknanya kena kongsi leeer




Bahagian dalam.



Cikgu Zila pun bahe ( baik ) sekali
Terima kasih
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin
Daripada
Izz



huhuh----cikgu Zila pun bahe sekali! wahhh.....hmpsssppss hmssppp (kembang--kembang)
shuke i..okay Amirin






Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang sudi melawat!

dan kepada yang mengenali

Maaf Zahir dan Batin atas segalanya..
saya hanya insan biasa yang bisa melakukan kesilapan dan kesalahan.
Moga dapat jadikan pengajaran...

Salam....


Saturday, September 12, 2009

Amirin suka berperasaan depan cermin



Amboih amboih budak ni..ignore bilik den yang macam tongkang pecah..huhu

Kegemaran Amirin yang terbaru nih..pantang tengok cermin musti sengeh panjang-panjang..ceh ceh cewahh dah pandai perasan budak ni..siap joget-joget nih. amboih amboih budak ni sekarang.

Okay semalam lepas solat Isya saya punyalah terkezut..Alamak alat mainan mirin dah di upgrade sendiri oleh mirin dari one in one dah jadi two in one..haa ni Amirin create sendiri mainan nih..pandai butul ini budak la, mentang-mentang la dia tengok kat kedai ada walker yang ada mainan kat depan..satu keje pulak saya nak bukak ikatan tersimpul mati..isk satu keje pulak dah..bagus bagus ini satu peningkatan bagi Amirin nak renovate bende. aihh dah macam ayah dia zaman rempit nih..suka adjust motor..isk iskkk


Align CenterName: Walker two in one
Designer: Khairul Amirin


Tengah adjust sket bagi cantik!


Okeh dah boleh main! tadaaa




Sunday, September 6, 2009

Balik Kampung

Assalamualaikum...( ceh tiba-tiba nak bagi salam, entry sebelum takde pun)

Awal puasa tempoh hari saya sekeluarga balik ke kampung suami di hujung Malaysia belah selatan..hehe saya balik Kampung Muar, Johor. Sampai Muar saya ingatkan ada kakak-kakak ipar rupanya hanya kami sahaja. Nak dijadikan cerita saya telah diminta oleh Abah Mentua untuk menyediakan juadah untuk berbuka puasa. ok la menten lagi, sekali dia suruh saya buatkan rendang Kerang...alamakkkkkk!!!!! ni yang lemah ni buat rendang setahun sekali jekk..itu pun tukang kacau dan kupas bawang..huwaa mammyyy tulun Ayongggg!!



Encik suami yang sedang memandu pulang ke kampung
(eleh tau dah sonok nak balik la tuh)


Encik Amirin yang dah terlentok.

Panik niiihh..apa lagi memasak di dapur yang bercirikan tradisional nasib baik tak suruh masak atas api! Haru haruaannnn wehh! apa lagi terimah kasih kepada yang mencipta talipon.hehe tepon laa omak den yang tersayang..resepi disalin dan dengan Kalimah Bismillah saya tekad dan nekad buat saja..tengok jam alamak dah pukul 5.00 adesss...ok Ayong kuat! boleh punya..dulu setakat tendang punching bag takde masalah..huuu lagikan buat rendang kerang...tapiiii ini masakk laaa...nekad sahaja laa..tak akan nak habaq kat Abah saya tak pandai buat, apakata kita pi bazar ramadhan..nak mampusss...


Dapur di kampung. kalau malam-malam tobat ajak teman. takut ada yang ngintai malam-malam..eheh perasaan saya laa

haa kalau nak tau..ini adalah dapur memasak di kampung suami saya, rumah beliau masih lagi mengamalkan ciri-ciri kampung, dengan pemandangan panorama hutan, sungai eh tipu parit okay. monyet, burung, unggas dan pastinya bila malam sejuknyee sampai macam malas nak bangun dan nak pi bilik air yang sememangnya kat luar rumah..dan pastinya saya mesti mandi tengah har..wehhh sejuk laa..mana tahan.. dah laa kita orang bandar..takpe kita pun ada kampung jugak..eeyylehhh macam tak biasa pulak. tiba-tiba jadi macam jakun pulak masuk kampung. ceh pigidah..

ok ni sambal kerang yang saya buat dan tak tau laa jadi ke tidak..tawakal jelahh..yang pasti rendang kerang gue udah licin..sedap la tuh..hahahh

hari ke 2 saya di kampung kami pergi ke pekan Muar nak beli soya Tanjung Agas yang terkenal tuh.. jam masih pukul 3.30 petang tapi orang dan beratur..pehh..tapi tekad nak jugak kann...

Orang ramai dan kerumun gerai Soya Tanjung Agas

Peh..makin ramai..murah rezeki tokey dia nih! ni nak buat jual soya jugak nih..ceh ceh buat rendang pun panik inikan buat soya..sudah la tuu!

Yang pasti rasa dia sangat laa sedap, sapa-sapa mai Muar memang rekemen rasa la Soya tanjung Agas..berlemak, pekat, manis..memang susah nak cari soya rasa macam ni..sungguh!..iskk ni wat saya tingin nih..isk nafsi nafsi..

ok ni Gambar terbaru Amirin sebelum kepala nya tidak ada telur lagi..eheh..sekarang Amirin sudah 6 bulan 3 minggu..wahh sat je!

Amirin yang sedang melepak-lepak di rumah Atuknya

Control hensem eh! ayaq liuq laa..




Apa makna pandangan MATA Yaya?

Lama tak bilog..sibuk manjang lagi-lagi bulan pose..kali ni entry tentang semua, kalau dah puasa kompom dalam ingatan makanan..hehe insyaallah pasai makan memang ada tapi tetap tabah menguatkan iman yang ada..amin.
perkara pertama yang memberikan kejutan pada saya ialah Amirin dah pandai menyelar kata orang jawa, biasala bapak dia kan jowo..dah pastinya dia sudah mendapat lebam yang pertama dalam hidupnya..kato orang nogori ( yela yela bapak i orang nogori) botolor palo eh!..alahai sian, mula-mula risau jugak takut ada gegaran dalam hotak. alhamdulillah berkat doa saya siang malam agar Amirin sihat sentiasa takde pape. syukur. tapi biasa la..atuk dan nenek nye memberikan satu ceramah panjang yang membuat hatiku mendukut-dukut ( sori ye cari dalam kamus mmg takde sebab bahasa ciptaan saya)

ok cerita kedua

saya ada seorang anak murid nama anak murid saya Yaya (bukan nama sebenar ok! nak mampus citer nama dia, karang makcik dia tau abis saya). Yaya ni baru umur 9 tahun, ok dah pecah rahsia saya keje tempat budak pegi hari-hari. kesian sangat kat dia kerana mempunyai emak yang sanggup meninggalkan anaknya demi lelaki semasa anaknya baru 2 hari. Nasib baik tinggalkan dengan neneknya. YAYA ni seorang kelainan upaya dan kini dijaga oleh nenek dan juga makciknya yang dikatakan bekerja sebagai GRO.

Apa yang saya nak ceritakan ialah pandangan matanya, saya tak tahu nak huraikan macam mana. setiap kali mengajar dan menatap wajah YAYA, yang saya sangat perasan ialah pandangan MATANYA. saya kerap bercakap dengan terus memandang ke dalam mata anak murid saya, bukan apa senang nak cek menipu..heheh kompom dah jadi memang boleh kesan lagi-lagi yang tak siap keje. ada sesuatu yang sering buat saya sayu dan saya sudah perasan sejak awal lagi mengajar YAYA. Yaya selalu kalau pandang nak cakap dengan saya mesti anak matanya pandang terus ke mata saya. straigth..terus tajam. saya tak penah jumpa orang macam ni.

YAYA mempunyai masalah pertuturan yang boleh dikatakan agak serius maka saya memang mempunyai masalah komunikasi lisan dengannya. apa yang mampu YAYA lakukan ialah secara isyarat dan kadang-kadang setengah perkataan yang boleh saya tangkap maksudnya. Maka makna dari pandangan matanya sangat mendalam untuk menyampaikan sesuatu. apakah makna ini Ya! Allah..sampai hari ini saya mencari apa yang YAYA ingin sampaikan?

Nak dijadikan cerita, okay orang kelainan upaya akan mendapat elaun pendidikan khas setiap tahun iaitu sebanyak RM1800. banyak tu, dan cukup banyak untuk orang seperti makciknya. kami sebagai pendidik rasa sebagai satu tanggungjawab yang besar untuk menjaga kebajikan YAYA. kami dengan niat yang ikhlas datang ke rumah YAYA untuk memberi terus wang elaun kepada penjaga YAYA yang benar-benar sah iatu neneknya. (sepatutnya wang elaun hanya layak dikeluarkan oleh penjaga, tetapi disebabkan neneknya meminta bantuan kami mengeluarkan wang atas kebenarannya kerana masalah kesihatannya). Nenek YAYA meminta kami tidak memaklumkan kepada Perempuan itu.

Tapi nak dijadikan cerita oleh perempuan itu, yakni makcik kepada YAYA hendak meng "SU" kami kerana di katakan pecah amanah membuat hasutan pada nenek untuk mengeluarkan wang atas tujuan peribadi. Aduss, ni yang menyesal sangat tolong, saya pada awalnya memang berat untuk membantu, tetapi atas nama insan saya dan rakan sekerja mengeluarkan wang elaun YAYA. Alah yang sebetul-betulnya Perempuan itu nak duit tu. adoi ini yang risau gile. yolah orang kojo Gomen ni payah sikit. saya dan rakan sekerja telah dipanggil boss, boss pun kesian tapi tahu apa kesan atas tindakan kami, setelah kami di maki dan dihamun oleh perempuan itu, kami berpakat untuk tidak ambil tahu mengenai YAYA. kadang-kadang timbul rasa kasihan dengan YAYA ni, dah la kekurangan kasih sayang. tapi nak buek camno kami dah di beri amaran. rasa bersalah kerana pandangan matanya yang saya rasa sangat Hmmm payah..saya rasa sapa-sapa kat tempat saya pasti mengakui bila memandang YAYA.

Sekarang pergi tempat kerja setelah diberi amaran agar " Tidak Berbuat Baik lagi kepada Murid" kerana kelak memakan diri. setiap kali mengajar saya tidak lagi memandang mata YAYA. ye YAYA memang tidak bersalah. Apa yang saya perasan. kini...pandangan mata YAYA semakin pudar jelas tergambar sayu. saya rasa bersalah sangat. ini ke kerja pendidik? apa patut saya buat?