Friday, September 18, 2009

Kad Raya Istimewa




Saya dapat kad raya istimewa tahun ni..eheh sangat istimewa dari seseorang yang sangat istimewa..wahhh terharu i...

Okay sebenarnya murid saya yang beri kad raya ni..yang paling best kad raya tu hand-made..100% dibuat sendiri berhad, tapi yang syoknye kad raya nih kad raya kongsi..iaitu saya terpaksa berkongsi dengan seorang lagi cikgu kelas saya..ingat nak bawak balik..akhirnya kena lah gantung sahaja..part paling best murid saya ni mintak saya beri markah dan bintang untuk kad raya yang dia hasilkan..

cet! ada makna tersirat ye izz..ada hati nak tambah markah bintang ye! tau lah cikgu dah potong bintang sampai 3 kali sampai buat Izz tak ada harapan nak dapat hadiah transfomers dengan jam tangan ben 10..hahaha..

tu lah sapa suruh tipu cikgu kata nak pegi tandas.alih-alih cikgu ngintai awak..senyap-senyap pegi kedai buku bawah tangga beli pemadam BEN 10..awak tau kan dalam pensel box tu dah ada 7 pemadam..buat keje bukan guna pemadam sangat..nasib baik cikgu tak tambah denda buang sampah... aihhh dah ngarut bebel pulak..

Izz salah seorang anak murid khas kelas saya dia ada masalah Hyperactive, sawan dan lembam..hmm sangat aktiffff dan mempunyai ingatan seperti komputer..maksudnya apa yang dilihat oleh Izz akan tersimpan kemas dalam otaknya..tetapi masalahnya Izz tak dapat nak proses apa data yang di ingati kepada maklumat yang berguna..Izz tak dapat membeza kan makna yang diterima dan perlukan bimbingan khas..kuasa Allah..so janganlah nak tipu..Izz boleh ingat berat badan saya tiga tahun lepas tanpa salah pun.. dan boleh ingat segalanya..tapi kalau kerja sekolah sokmo lupa.....eee gerammm..huuuuu

ok ni kad raya yang Izz buat..hehe lawa tak?

ini muka depan kad
tengok perkataan "kongsi"
maknanya kena kongsi leeer




Bahagian dalam.



Cikgu Zila pun bahe ( baik ) sekali
Terima kasih
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin
Daripada
Izz



huhuh----cikgu Zila pun bahe sekali! wahhh.....hmpsssppss hmssppp (kembang--kembang)
shuke i..okay Amirin





No comments: