Sunday, August 23, 2009


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN!


Ayah saya buat satu puisi sempena Ramadhan ni..dan saya tumpang mintak izin, pinjam dan buat pengetahuan bukan PLAGIAT ok!

Saya memohon kemaafan kepada mereka-mereka semua sempena Ramadhan Al-Mubarak ini! Halal kan semua semoga kehadiran Ramadhan ini memberi seribu erti kepada semua!

Ok hayati lahhh...

SEMOGA RAMADHAN 1430 INI ...

kelmarin aku melihat di kaca tv
ada famili makan nasi
beras gred bawah sekali
cuma sekali sehari
dengan sayur kangkung yang dipetik di pinggir kali
sekadar mengalas perut yang berbunyi
tidak pula ku lihat ada kerut di dahi.

sedang aku terbiasa makan nasi
beras wangi gred atas sekali
bila-bila mengikut kehendak hati
kekadang berkali-kali dalam sehari
dengan kari ikan tenggiri atau kurma bebiri
atau lain-lain makanan selayak tuan puteri
itu pun kekadang masih tidak puas hati
hanya kerana tiada sayur broccoli.

mengapa aku biadap sekali
seolah-olah merasa semua rezeki
sudah menjadi hak sendiri
terlupa akan segala yang dinikmati
adalah dari Rahmat mu jua wahai Ilahi
makhluk jenis apakah aku ini?

Ya Allah ya Tuhan ku
ampunilah daku
atas segala kelemahan ku
semoga Ramadhan 1430 ini
menginsafkan aku siapa diri.

pinjam dari Blog Encik Tuan Haji Hamzah Abd Hamid






Selamat Berpuasa!



No comments: