Sunday, September 6, 2009

Apa makna pandangan MATA Yaya?

Lama tak bilog..sibuk manjang lagi-lagi bulan pose..kali ni entry tentang semua, kalau dah puasa kompom dalam ingatan makanan..hehe insyaallah pasai makan memang ada tapi tetap tabah menguatkan iman yang ada..amin.
perkara pertama yang memberikan kejutan pada saya ialah Amirin dah pandai menyelar kata orang jawa, biasala bapak dia kan jowo..dah pastinya dia sudah mendapat lebam yang pertama dalam hidupnya..kato orang nogori ( yela yela bapak i orang nogori) botolor palo eh!..alahai sian, mula-mula risau jugak takut ada gegaran dalam hotak. alhamdulillah berkat doa saya siang malam agar Amirin sihat sentiasa takde pape. syukur. tapi biasa la..atuk dan nenek nye memberikan satu ceramah panjang yang membuat hatiku mendukut-dukut ( sori ye cari dalam kamus mmg takde sebab bahasa ciptaan saya)

ok cerita kedua

saya ada seorang anak murid nama anak murid saya Yaya (bukan nama sebenar ok! nak mampus citer nama dia, karang makcik dia tau abis saya). Yaya ni baru umur 9 tahun, ok dah pecah rahsia saya keje tempat budak pegi hari-hari. kesian sangat kat dia kerana mempunyai emak yang sanggup meninggalkan anaknya demi lelaki semasa anaknya baru 2 hari. Nasib baik tinggalkan dengan neneknya. YAYA ni seorang kelainan upaya dan kini dijaga oleh nenek dan juga makciknya yang dikatakan bekerja sebagai GRO.

Apa yang saya nak ceritakan ialah pandangan matanya, saya tak tahu nak huraikan macam mana. setiap kali mengajar dan menatap wajah YAYA, yang saya sangat perasan ialah pandangan MATANYA. saya kerap bercakap dengan terus memandang ke dalam mata anak murid saya, bukan apa senang nak cek menipu..heheh kompom dah jadi memang boleh kesan lagi-lagi yang tak siap keje. ada sesuatu yang sering buat saya sayu dan saya sudah perasan sejak awal lagi mengajar YAYA. Yaya selalu kalau pandang nak cakap dengan saya mesti anak matanya pandang terus ke mata saya. straigth..terus tajam. saya tak penah jumpa orang macam ni.

YAYA mempunyai masalah pertuturan yang boleh dikatakan agak serius maka saya memang mempunyai masalah komunikasi lisan dengannya. apa yang mampu YAYA lakukan ialah secara isyarat dan kadang-kadang setengah perkataan yang boleh saya tangkap maksudnya. Maka makna dari pandangan matanya sangat mendalam untuk menyampaikan sesuatu. apakah makna ini Ya! Allah..sampai hari ini saya mencari apa yang YAYA ingin sampaikan?

Nak dijadikan cerita, okay orang kelainan upaya akan mendapat elaun pendidikan khas setiap tahun iaitu sebanyak RM1800. banyak tu, dan cukup banyak untuk orang seperti makciknya. kami sebagai pendidik rasa sebagai satu tanggungjawab yang besar untuk menjaga kebajikan YAYA. kami dengan niat yang ikhlas datang ke rumah YAYA untuk memberi terus wang elaun kepada penjaga YAYA yang benar-benar sah iatu neneknya. (sepatutnya wang elaun hanya layak dikeluarkan oleh penjaga, tetapi disebabkan neneknya meminta bantuan kami mengeluarkan wang atas kebenarannya kerana masalah kesihatannya). Nenek YAYA meminta kami tidak memaklumkan kepada Perempuan itu.

Tapi nak dijadikan cerita oleh perempuan itu, yakni makcik kepada YAYA hendak meng "SU" kami kerana di katakan pecah amanah membuat hasutan pada nenek untuk mengeluarkan wang atas tujuan peribadi. Aduss, ni yang menyesal sangat tolong, saya pada awalnya memang berat untuk membantu, tetapi atas nama insan saya dan rakan sekerja mengeluarkan wang elaun YAYA. Alah yang sebetul-betulnya Perempuan itu nak duit tu. adoi ini yang risau gile. yolah orang kojo Gomen ni payah sikit. saya dan rakan sekerja telah dipanggil boss, boss pun kesian tapi tahu apa kesan atas tindakan kami, setelah kami di maki dan dihamun oleh perempuan itu, kami berpakat untuk tidak ambil tahu mengenai YAYA. kadang-kadang timbul rasa kasihan dengan YAYA ni, dah la kekurangan kasih sayang. tapi nak buek camno kami dah di beri amaran. rasa bersalah kerana pandangan matanya yang saya rasa sangat Hmmm payah..saya rasa sapa-sapa kat tempat saya pasti mengakui bila memandang YAYA.

Sekarang pergi tempat kerja setelah diberi amaran agar " Tidak Berbuat Baik lagi kepada Murid" kerana kelak memakan diri. setiap kali mengajar saya tidak lagi memandang mata YAYA. ye YAYA memang tidak bersalah. Apa yang saya perasan. kini...pandangan mata YAYA semakin pudar jelas tergambar sayu. saya rasa bersalah sangat. ini ke kerja pendidik? apa patut saya buat?



No comments: